Wednesday, 15 February 2017

Berniaga WiFi Hotspot Sebagai Pendapatan Utama dan Sampingan


Internet boleh dikatakan adalah antara keperluan yang terpenting masa kini. Semua orang akan berhubung melalui rangkaian internet menerusi Facebook, Twitter, Instagram mahupun Whatsapp. Ini sudah menjadi kebiasaan kepada semua dimana jika tiada internet maka tiadalah perhubungan. Oleh itu setiap kali dimana kita berada tidak kira secara tetap atau sementara kita akan mencari sumber internet. Untuk yang baru berpindah ataupun sedia ada akan mencari penyedia servis internet dikawasan tempat tinggal mereka. Tidak lupa juga jika kita keluar ke tempat-tempat riadah, kedai makan, shoping complex dan sebagainya yang pertama kita cari adalah signal wifi untuk kegunaan berhubung.

Oleh kerana permintaan servis internet yang tinggi, kebanyakkan syarikat yang menawarkan servis internet ini mempunyai pelbagai promosi atau pakej yang ditawarkan supaya dapat menawan hati pengguna bagi menggunakan servis mereka. Di sini saya akan menunjukkan sedikit sebanyak kelebihan dan kekurangan setiap penyedia servis internet yang ada.

1. Mobile Internet (Maxis, Celcom, Digi)

Kelebihan :
a) Mempunyai kawasan liputan yang luas.
b) Boleh digunakan secara bergerak mahupan didalam kereta.

Kekurangan :
a) Mempunyai quota seperti 1GB, 2GB dsb.
b) Kepada pengguna pascabayar (postpaid) pula mereka terikat kepada kontrak dan pengguna yang blacklist tidak dapat melanggan perkhidmatan ini.

c) Kelajuan internet yang tidak stabil lebih-lebih lagi jika ramai pengguna yang sedang menggunakan servis tersebut.


2. Cable/Fiber Internet (Streamyx, UniFi)

Kelebihan :
a) Menyediakan kelajuan internet yang tinggi dan lebih stabil dari mobile internet.

Kekurangan :
a) Mempunyai kontak.

b) Kawasan liputan adalah terhad kepada signal WiFi rumah sahaja.

c) Pengguna yang blacklist tidak dapat melanggan perkhidmatan ini.
d) Harga pakej yang tinggi untuk yang tidak berkemampuan.

3. WiFi Hotspot (Sesiapa Saja Boleh Menjadi Peniaga WiFi Hotspot)

Kelebihan :
a) Mempunyai kawasan liputan yang agak luas selalunya meliputi kawasan perumahan atau taman.
b) Tidak perlu ada kontrak dan sesiapa boleh melanggan tidak kira umur ataupun yang blacklist.
c) Mempunyai pakej yang murah dan terdapat pakej serendah 1 hari, 1 minggu dan 1 bulan tanpa quota.
d) Mempunyai servis percubaan sebelum melanggan.

e) Bisnes ini boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja.

Kekurangan :
a) Tiada pakej yang laju seperti 10/20/50Mbps.

KENAPA ANDA HARUS MENJALANKAN PERNIAGAAN WIFI HOTSPOT

Seperti yang anda semua maklum tidak semua keluarga mampu untuk melanggan pakej Streamyx / UniFi kerana pakej permulaan mereka adalah RM110 dengan kelajuan 1Mbps. Oleh kerana setiap ahli keluarga telah mempunyai smartphone dan mempunyai servis internet sendiri pada smartphone mereka tidak kira prepaid ataupun postpaid ini menyebabkan ibubapa tidak menggambil pakej dari Streamyx dan UniFi.

Bagi pengguna internet yang masih bersekolah mereka tidak mampu membayar servis internet mereka sendiri kerana kebanyakkan mereka tidak mampu untuk membayar internet secara bulanan maka altenatif mereka adalah melanggan secara harian atau mingguan dengan nilai quota yang rendah.

Bayangkan ada satu servis internet yang menawarkan pakej 1 hari yang berharga RM3 tanpa quota pasti ramai yang akan melanggan servis tersebut lebih-lebih lagi pelajar yang masih bersekolah. Bagaimana pula jika ada pakej RM10 seminggu dan RM30 sebulan dan kedua-duanya tanpa quota pasti bukan saja anak-anak tetapi ibubapa juga akan melanggan pakej ini.

Ini adalah kerana servis internet WiFi Hotspot boleh ditetapkan mengikut kehendak dan kemampuan masyarakat setempat. Dengan keadaan semua harga yang semakin meningkat, perbelanjaan yang semakin tinggi semua org mencari servis atau barangan yang lebih murah dan sesuai dengan kemampuan mereka.

Bekerja 2-3 pekerjaan adalah tidak asing lagi pada kita kerana 1 pekerjaan saja tidak cukup untuk menampung keperluan bulanan kita. Oleh itu ramai yang bekerja disiang hari dan berniaga ataupun mencari kerja separuh masa dimalam harinya. Dengan berniaga WiFi Hotspot anda hanya perlu menyediakan servis dan perniagaan itu akan berjalan dengan sendiri tanpa perlu anda ada disana.

BERNIAGA WIFI HOTSPOT DIKAWASAN PERUMAHAN

Tempat berniaga adalah antara faktor utama jika kita ingin menjalankan perniagaan. Jika berniaga makanan tempat yang paling sesuai adalah di kawasan kilang, pejabat dan kawasan perumahan. Sama juga jika menjalankan perniagaan WiFi Hotspot.

Jika anda ingin menjalankan perniagaan WiFi Hotspot, ia sama seperti menjalankan mana-mana perniagaan lain yang anda perlukan adalah modal. Dalam perniagaan makanan, modal anda adalah peralatan memasak, sewa tapak dan bahan mentah. Jika anda membuka kedai runcit, modal anda adalah sewa tapak dan barang-barang jualan. Untuk menjalankan peniagaan WiFi Hotspot anda perlukan akses internet dan peralatan WiFi Hotspot sebagai modal.

Apa yang menariknya berniaga WiFi Hotspot dirumah, antaranya ialah kebanyakkan dari anda telah ada akses internet seperti Streamyx ataupun UniFi. Walaupun anda tidak menjalankan perniagaan ini anda tetap membayar servis tersebut setiap bulan. Sama juga tempat berniaga adalah rumah anda. Jadi boleh dikatakan modal untuk perniagaan ini adalah hanya membeli peralatan yang mana anda mengelurkannya hanya sekali sahaja.

Cara menjalankan perniagaan ini adalah teramat mudah kerana apa yang anda perlukan adalah sumber internet (Streamyx/UniFi) dan peralatan untuk berniaga WiFi Internet. Kemudian jika ada yang berminat menggunakan servis anda, mereka boleh menghubungi anda untuk membeli prepaid card yang anda telah hasilkan mengikut pakej yang anda telah tetapkan.

PENDAPATAN SECARA PURATA BERNIAGA WIFI HOTSPOT

Pendapatan yang boleh diperoleh dari berniaga WiFi Hotspot boleh dikira daripada berapa ramai yang menggunakan servis anda dalam satu bulan. Sebagai contoh anda ada 30 pengguna WiFi Hotspot anda dan mereka melanggan pakej sebulan.

RM30 (Pakej Sebulan) X 30 Pengguna = RM900

Dengan pendapatan RM900 tu anda tolak modal internet akses anda sejumlah RM179 (UniFi 30Mbps).

RM900 (Jualan) - RM179 (Modal Internet Akses) = RM721 (Untung Bersih Sebulan)

Jika anda bandingkan nilai RM700 itu adalah nilai kerja seperti bekerja sebagai security guard dimalam hari selama sebulan ataupun bekerja partime di restauran fastfood selama sebulan. Jadi ini adalah perniagaan yang lebih berbaloi kerana anda bukan sahaja hanya perlu melakukan 1 pekerjaan sahaja tetapi dapat menjana pendapatan 2 pekerjaan dalam satu masa.

Apa yang menarik pelanggan anda tidak terhad kepada 30 pelanggan saja dan jika semakin bertambah pelanggan anda maka makin tinggilah pendapatan bulanan anda.

BERMINAT MENJALANKAN PERNIAGAAN WIFI HOTSPOT

Jika anda berminat dengan perniagaan ini anda boleh terus menghubungi syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini melalui butir-butir dibawah :-

Syarikat            : AHEAD TECHNOLOGY SDN BHD
                           10 tahun berpengalaman dalam perniagaan WiFi Hotspot

Contact Person : AIMAN HARIZ AMRAN
                           Technical Director
                           Whatsapp : +60128600131
                           Facebook : Personal | Page

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada mereka.
                           








No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Follow by Email