Friday, 3 February 2017

Perbezaan Antara iPhone Set Original, AP, Recond & Klon


Pengguna yang mahu membeli pakej telefon pintar biasanya mempunyai jenis pakej atau set jualan. Mengenali pakej sangat penting bagi menentukan sama ada pakej itu mempunyai aksesori lengkap atau benar-benar tulen. Ini kerana ada sesetengah penjual yang menjual peranti dan mengatakan peranti tersebut original tapi sebenarnya tiruan.

1. Set Original /Tulen
  • Dikenali sebagai 'Approve Manufacture Set', bermaksud Set yang diperakukan oleh pengeluar tetapi, ejen pengedar (Switch, Machines atau Apple Authorized Reseller) ini telah disahkan dan dilantik oleh pengeluar iaitu Apple.
  • Harga jualan telah ditetapkan untuk ejen, tidak boleh dinaikkan dan diturunkan sesuka hati.
  • Ejen boleh menjadi perantara antara pelanggan dengan pengedar dan pengguna boleh membuat tuntutan pada mana-mana cawangan agen diseluruh Malaysia,
  • Tempoh Jaminan Warranti ditentukan oleh pengeluar bukan ejen yangg dilantik.
  • Perisian dan sistem operasi yang digunakan mengikut negara dan wilayah.
  • Jaminan pengeluar biasanya 1 tahun untuk peranti utama, 6 bulan bagi akessori termasuk bateri. 
  • Terdapat ejen yg  menyediakan tempoh jaminan extended warranty seperti Courts tapi agak tak berbaloi.
  • Aksessori penuh dan tulen sepenuhnya seperti diiklankan.
2. Set AP (Berjenama/Import)
  • Dikenali sebagai 'Approve Products' ; ia juga set yg diperakukan asli oleh pengeluar tetapi tidak dilantik  sebagai ejen oleh pengeluar.
  • Diedar oleh ejen /penjual yg mengimport sendiri, tetapi mereka tidak diiktiraf oleh cawangan pengeluar.
  • Peranti dibawa masuk dari negara jiran seperti Singapura, mungkin mempunyai jaminan pengilang dinegara yangg dibeli. Contoh; Beli set Original di Singapura, dibawa masuk tanpa/dengan pengesahan SIRIM, dijual semula sebagai  set AP (kerana tuntutan jaminan tidak sah di Malaysia)
  • Adakalanya mempunyai logo telco seperti SingTel, TIM, Verizon, TMobile.
  • Berkemungkinan set Refurbished / Recond (penerangan lanjut ada dibawah).
  • Harga yang dijual berubah-ubah dan lebih murah dari set tulen, penetapan harga bergantung kepada penjual.
  • Penjual pula menentukan tempoh jaminan Warranty. (contoh, jaminan diluar negara  2 tahun tapi di Malaysia hanya setahun, pengedar yakin dan meletakkan tempoh jaminan samadengan negara yg diimport).
  • Untuk membuat tuntutan jaminan, ia mesti dipulangkan di kedai yang dibeli sahaja, masa menunggu lama sedikit.
  • Aksesori tulen diambil dan dijual berasingan kemudian ditukarkan kepada aksesori tiruan.
3. Set AP Klon
  • Set jualan ini ialah yg paling banyak dijual dipasaran, mendakwa Set AP sebaliknya menggunakan telefon klon atau palsu bagi mengaburi pembeli yangg mahukan set AP berjenama.
  • Peranti yang dijual bukan AP berjenama, menggunakan terma seperti klon, replica & lookalike.
  • Harga jauh lebih murah , tetapi ada yg berniat jahat meletakkan harga yang tinggi seolah2 model yg dijual adalah tulen.
  • Penjanjian jual beli sama seperti set jualan AP, pulang dikedai yang dibeli jika rosak.
  • Tempoh jaminan mungkin pendek.
  • Ssemasa membuat tuntutan jaminan, peranti dihantar semula ke pengeluar, masa menunggu lebih lama jika dihantar semula ke kilang di luar negara kerana ketiadaan peralatan & komponen alat ganti.
4. Set Recondition / Refurbish
  • Set idevice yang rosak, dihantar semula ke Apple dan dibaiki. Kemudian dijual semula atau diganti sebagai idevice gantian yang klaim waranti.
  • Set Refurbished tak ada sticker waranti pada kotak tapi kotak masih sama seperti set 1st hand.
  • Pernah dibaiki (repaired) dan dipasangkan semula badan (housing) yang baru untuk meyakinkan pembeli.
  • Mempunyai tempoh jaminan pendek bagi aksesori dengan LCD dan tempoh 1 tahun untuk peranti (ikut tetapan oleh penjual)
  • Hanya dijual oleh ejen dilantik, jika tidak ia diletakkan dikumpulan Set AP.
  • Apple Premium Reseller seperti Machines ada juga menjual set Refurbished ini, link : http://www.machines.com.my/promotions.html
  • Set Refurbished adalah unlocked set dan tidak kira negara mana set itu mula dijual.
  • Sebenarnya ada set refurbished dibawah waranti dari Apple dan kotak berwarna putih macam gambar ni : http://imgur.com/adU9itq cuma di Malaysia jarang sekali untuk jumpa sebab hanya dijual di luar negara dan set ini adalah unlocked.
  • Set Refurbished kebanyakan dijual pada kedai dan anda sebagai pengguna perlu berhati-hati sebab ada kedai yang cakap set original tapi sebenarnya set refurbished. Anda boleh check menggunakan serial number pada link ini : https://checkcoverage.apple.com
  • Ada sebahagian (tidak semua) set refurbished akan tak tunjuk "Repairs and Service Coverage" tapi ada juga set Refurbished seperti iPhone 5 yang antara paling ketara akan tunjuk 'Expired' pada "Repairs dan Service Coverage" tersebut dan ada jugak set refurbished yang serial number diganti dan akan keluar 'this product serial number has been replaced" apabila check pada link di atas.
5. Set Underwater
  • Jika set original ia dibeli oleh pelajar atau pelancong keluar negara, dibawa masuk sebagai aset persendirian dan dijual semula,
  • Jika ada jaminan yang masih boleh dituntut pembeli perlu menghantar keluar negara.
  • Kemungkinan barangan rampasan, atau peranti tulen yang dicuri di negara lain, walaubagaimanapun ini sukar dipastikan.
  • Ia mungkin set jualan pelepasan bawah meja (rasuah) atau yang diseludup tanpa pelepasan dan kebenaran rasmi Kastam dan SIRIM.
  • Risiko set klon, tiruan dan palsu sangat tinggi.
  • Tiada jaminan, sebarang kerosakan adalah tangungan sendiri atau penjual (itu pun jika ada jaminan)
Diharap pembaca dapat memahami perbezaan set sebelum membuat keputusan untuk membeli. Harga memang menjadi faktor utama pemilihan tetapi jangan lupa kualiti khidmat selepas jualan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Follow by Email