Friday, 3 February 2017

Tips Membeli iPhone Original / Baru / Second Hand / Refurbished / Import / Replacement


Sejak kebelakangan ini, banyak sellers yang menjual pelbagai set iPhone. Namun ada yang memberikan info yang salah dan mengelirukan. Jadi di sini, disediakan satu tips yang mungkin boleh membantu kalian.

Original vs Klon

Secara jujur, pengaruh iPhone klon masih meluas di Malaysia. Ada lagi seller yang menjual iPhone klon tanpa sedar atau tidak. Bagi pengguna yang sudah biasa dengan system iOS, mereka sudah tahu untuk membezakan User Interface (UI) iOS yang original, dan juga secara fizikal iPhone berkenaan. Bagi pengguna yang langsung tak biasa, mereka mungkin tak tahu langsung cara nak bezakan. Untuk itu, ini ialah step yang mudah.
  • Pastikan anda bawa simkad anda yang telah dipotong , MicroSim untuk iPhone 4S/4 , Nano Sim untuk iPhone 5 ke atas.
  • Masukkan simkad ke dalam iPhone, untuk mengaktifkan iPhone original, simkad diperlukan untuk masuk ke homescreen. iPhone klon tidak perlu simkad. Cara ini juga boleh mengetahui sama ada iPhone tersebut simlocked atau unlocked. Jika Sim Not Valid, itu tandanya Sim Locked (tidak boleh guna Telco Malaysia asasnya).
  • Connect to Internet (Wifi atau Mobile Data) > Masuk AppStore > Download simple apps macam Apple Store > Nanti akan popup untuk sign in Apple ID. Untuk klon, ia akan minta Google Play atau selain daripada Apple ID.
  • Boleh juga masuk di Settings > General > About , dan tengok kapasiti, Kapasiti iPhone original tidak akan tepat-tepat. Contohnya kalau 16GB, kapasiti iPhone original adalah dalam 11.0 hingga 13 GB sahaja.. bukan 16GB.
Baru vs Second Hand


Ini pun antara yang popular diperbincangkan. Secara asasnya, iPhone yang BARU mestilah mempunyai warranty yang belum diaktifkan. Boleh check warranty di https://checkcoverage.apple.com, ambil serial number dari Settings > General > About
Info pada kotak boleh ditiru atau ditipu. Tetapi info pada settings iPhone original, tidak boleh ditiru atau ditipu.

Untuk iPhone second hand, Warranty sudah berjalan ataupun telah habis. Tak kisah la baru berjalan sehari atau dua hari... ia tetap dikira second hand, dan anda layak untuk menuntut harga yang murah berbanding harga baru dipasaran.

Macam mana kalau ada seller yang claim ianya set IMPORT yang baru, tapi bila check warranty sudah habis? Seller kata, warranty hanya ada dari supplier dan menjelaskan bahawa warranty untuk set import memang takda. Tolong jangan percaya seller macam ni. IMPORT set yang BARU, mestilah mempunyai warranty yang belum diaktifkan. Dengan itu la ia layak dipanggil set baharu. Jika sudah habis/berjalan official warranty Apple, itu tandanya iPhone itu second hand atau refurbished.

Boleh juga check calling time, untuk melihat , pergi ke Settings > Mobile/Cellular > Call Time > LifeTime , jika bukan 0, maknanya, sudah digunakan untuk membuat panggilan = second hand

Import Set vs Malaysia Set 

Secara asasnya, Import set dan Malaysia set tiada perbezaan secara khusus. Semua iPhone dikilangkan di China dan mempunyai fungsi asas yang sama.

Adapun yang bezanya ialah apabila negara/region tersebut mempunyai restriction dan regulation. Contoh :  
  • set Japan/Korea tidak boleh tutup camera shutter sound
  • set UAE/Saudi Arabia tiada FaceTime
  • set China tiada sokongan 4G/LTE (Bagi iPhone 6/6+ kebawah)

Dari segi warranty, IMPORT set yang baharu dan Malaysia set yang baharu akan ada 1 year LIMITED warranty by Apple.
Bagi set Switzerland, set tersebut layak mendapat 2 tahun warranty dari penjual(Apple),
Dan ada juga sesetengah negara yang mempunyai Apple Care yang juga boleh memanjangkan tempoh warranty kepada 2 tahun dengan dikenakan sedikit bayaran.
Bagi Malaysia set, warranty by Apple adalah 1 tahun. Jika membeli melalui Telco/Plan, warranty refer kepada Telco tersebut. 

Untuk proses claim warranty, YA set Malaysia akan menjadi lebih mudah kerana Authorised Apple Service Provider (AASP) macam Machines, MacCity, Switch, QCD dan lain-lain lebih mudah untuk menerima set Malaysia. Namun, sebahagian daripada AASP ini juga menerima set luar juga, dengan syarat ianya dibeli melalui Apple Online Store atau Apple Retail Store. Yang pastinya bukan set telco, kerana set telco(luar negara) hanya layak untuk dihantar kepada telco tersebut

Di negara ASEAN(Malaysia, Singapura, Thailand dan lain-lain), belum ada lagi Apple Retail Store, Apple hanya melantik AAR untuk menjual produk Apple dan AASP sebagai wakil service provider. Jadi proses claim itu juga bergantung pada AASP tersebut.

Untuk IMPORT set, pastikan anda periksa warranty dahulu ya.

Replacement

Replacement set ialah set yang disediakan oleh pihak Apple untuk diberikan as replacement set kepada set yang melalui proses claim warranty. Sama ada Replacement Out of Warranty atau Replacement On Warranty, set replacement akan diberikan.

Set replacement sememangnya telah disediakan khas oleh Apple. Berkaitan dengan warranty, Ia akan meneruskan warranty set asal. ataupun 3 bulan warranty bagi Out Of Warranty Replacement. 

Original Replacement set sememangnya original by Apple. Jadi tiada persoalan mengenai sistem, aksesori atau parts dalaman iPhone tersebut. Lazimnya, model name akan bermula dengan huruf N.

Refurbished

Ini ialah topik yang popular. 
Soalan popular - Bagaimana untuk mengetahui sama ada iPhone ini ialah refurbished by Apple atau by 3rd party?
Jawapannya - memerlukan seseorang yang pakar untuk melihat part dalaman dan luaran. Refurbished by Apple, mereka menggunakan original parts. Manakala Refurbished by 3rd party , ada yang menggunakan sepenuhnya original parts, ada juga pihak yang menggunakan part 3rd party.

Refurbished by Apple - iPhone yang refurbished by Apple hanya dijual oleh pihak Apple. 
Mereka menjualnya di Apple Refurb Section di Apple Retail Store. Packaging juga berbeza, Ia dikenali sebagai White Box set. Ada juga tertulis Apple Certified Refurbished pada kotak tersebut. Segala parts adalah original and authorised by Apple. Ada 1 year warranty by Apple.

Refurbished by 3rd Party - Lazimnya refurbished by 3rd party masih menggunakan kotak normal. 
Tiada Apple Warranty. Lazimnya set ini dari set telco luar negara seperti US, UK, Japan. Ia adalah kebiasaan untuk 3rd party mendapatkan iPhone ini. Hal ini kerana, Telco ada menyediakan phone replacement/upgrade program. Contohnya, Pengguna plan telco tersebut ingin upgrade iPhone 6 kepada 6S, jadi pengguna ini akan memulangkan iPhone 6 dan mengambil iPhone 6S dari telco ini. Ianya macam trade in iPhone 6 dan ambil iPhone 6S, Jadi, kemana perginya iPhone 6 tersebut? , sudah tentulah telco akan kumpul dan jualnya pada 3rd party.

3rd party akan memperbaharui dan menjualnya as refurbished kepada market. Di Malaysia, set sebegini sangat popular. Namun ramai seller yang mengelirukan pembeli dengan mengatakan ianya set import baharu. YA, ia memang set import, tetapi ianya import REFURBISHED, bukan baharu.

Di Malaysia, ada AAR(Apple Authorised Reseller) yang menjual Refurbished set, contohnya Machines, Switch, Epicentre .. mereka juga ada menyediakan warranty, Namun warranty tersebut bukanlah associated with Apple, tetapi ianya lebih kepada warranty AAR/AASP berkenaan. Refurbished ini biasanya set MY .

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Follow by Email